Pertubuhan Sinar Wanita Sabah (PERSIWAS)

Pertubuhan Sinar Wanita Sabah (PERSIWAS)

No. pendaftaran:
PPM-023-12-23092019 | Akta Pertubuhan 1966

Tarikh penubuhan:
23/09/2019

Jumlah ahli:
1,157

Cawangan:
6

Visi dan misi:
Membantu golongan ibu tunggal, golongan wanita miskin tegar dan anak-anak yatim.

Kepakaran/ pengalaman:
Mempunyai ahli yang ramai dan selalu membantu masyarakat yang memerlukan.

Perkhidmatan:
Menganjur program yang berkaitan dengan wanita.

Kemudahan/ fasiliti:
Mempunyai pejabat PERSIWAS sendiri untuk menjalankan program.

Persatuan Pembangunan Eko & Usahawan Sosial Sabah (Association of Sabah Social Entrepreneurs & Eco Development)

Persatuan Pembangunan Eko & Usahawan Sosial Sabah (Association of Sabah Social Entrepreneurs & Eco Development)

No. pendaftaran:
PPM-012-12-03082022 | Akta Pertubuhan 1966

Tarikh penubuhan:
03/08/2022

Jumlah ahli:
36

Cawangan:

Visi dan misi:
1. Kami memfokuskan kepada percambahan projek pembangunan komuniti luar bandar lestari kendiri yang bertujuan untuk menyelesaikan ketidaksamaan dalam keperluan asas, dibangunkan berdasarkan cabaran dalam kualiti hidup dan menyediakan pembangunan mampan melalui tenaga, pendidikan, keusahawanan dan pemerkasaan wanita.
2. Kami juga menggalakkan pembangunan usahawan sosial sebagai satu cara untuk menangani masalah sosial dan alam sekitar yang berakar umbi dan menyampaikan perubahan positif kepada masyarakat tempatan di Sabah.
3. Mengenal pasti dan menyediakan penyelesaian untuk masyarakat luar bandar yang bertujuan bagi menyelesaikan ketidakseimbangan dalam keperluan asas, berkembang di atas cabaran dalam kualiti hidup dan menyediakan pembangunan mampan melalui aktiviti ekonomi mampan, pendidikan, keusahawanan dan pemerkasaan wanita.
4. Untuk menggalakkan pembangunan perusahaan sosial sebagai cara menangani masalah sosial dan alam sekitar, dan memberi perubahan positif kepada komuniti akar umbi sama ada di luar bandar mahupun dalam bandar di negeri Sabah.

Kepakaran/ pengalaman:
1. Memperoleh kepercayaan menjalinkan kolaborasi dari pelbagai pihak bersama Kerajaan Negeri mahupun NGO yang lain walaupun persatuan baru sahaja ditubuhkan.
2. Mempunyai kerja berpasukan yang begitu baik dalam mencapai misi dan visi persatuan serta begitu komited dalam membantu golongan kumpulan sasar untuk terus maju dan berdaya saing.
3. Aktif dan gigih dalam penganjuran mana-mana anjuran yang melibatkan pembangunan sosial dan kemasyarakatan.
4. Kami juga tekun dalam kerja-kerja persatuan dan latihan pembangunan masyarakat melalui aktiviti-aktiviti pembangunan ekonomi melalui keusahawanan sosial.

Perkhidmatan:
Melaksanakan program pembangunan usahawan.

Kemudahan/ fasiliti:

Persatuan Penduduk Kampung Pasir Putih Tawau, Sabah

Persatuan Penduduk Kampung Pasir Putih Tawau, Sabah

No. pendaftaran:
PPM-030-12-08082018 | Akta Pertubuhan 1966

Tarikh penubuhan:
08/08/2018

Jumlah ahli:
200

Cawangan:

Visi dan misi:
1. Visi: Menjadi persatuan yang mampu membantu semua lapisan masyarakat menjelang tahun 2040.
2. Misi: Menjadi sebuah NGO yang komited membantu masyarakat dalam bidang kebajikan, kemahiran dan keusahawanan.

Kepakaran/ pengalaman:
Mempunyai pengalaman dalam menguruskan kes kebajikan dan pelbagai program.

Perkhidmatan:
1. Melaksanakan program-program kemahiran teknik dan vokasional (TVET) untuk belia dan golongan B40 seperti bakeri dan pastri, hand bouquet dan sebagainya.
2. Pembangunan sijil-sijil kemahiran melalui proses Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) untuk perkembangan diri.

Kemudahan/ fasiliti:
Bahan untuk program TVET dan Bomba Komuniti.

Perincian kemudahan/ fasiliti:
Peralatan untuk menganjurkan program kemahiran/ kursus seperti bakeri dan pastri, pihak persatuan juga mempunyai kerjasama dengan penyedia latihan setempat (NOU) bagi tujuan memperkasa wanita dalam bidang kemahiran seperti kimpalan/ welding, bidang elektrik.

Pertubuhan Kebajikan Ihsan Wanita Islam (PERKIWISA)

Pertubuhan Kebajikan Ihsan Wanita Islam (PERKIWISA)

No. pendaftaran:
PPM-039-10-07102019 | Akta Pertubuhan 1966

Tarikh penubuhan:
07/10/2019

Jumlah ahli:
104

Cawangan:
7

Visi dan misi:
1. Visi: Meningkatkan perpaduan dan penyatuan ummah di kalangan wanita Islam. Memperkasakan wanita Islam ke arah kualiti hidup yang holistik di kalangan ahli dan masyarakat.
2. Misi: Memperkukuhkan akhlak dan jati diri melalui program dan aktiviti yang efektif bagi mencapai ketenangan kalbu dan minda. Membina institusi kekeluargaan yang menitikberatkan rasa kasih sayang dan cinta antara ahli dan bukan ahli, muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat.

Kepakaran/ pengalaman:
Mengendalikan program pembangunan wanita dan masyarakat.

Perkhidmatan:
Mengendalikan program pembangunan wanita dan masyarakat.

Kemudahan/ fasiliti:

Persatuan Wanita Inspirasi Kemahiran Dan Keusahawan Malaysia

Persatuan Wanita Inspirasi Kemahiran Dan Keusahawan Malaysia

No. pendaftaran:
PPM-011-14-24022020 | Akta Pertubuhan 1966

Tarikh penubuhan:
24/02/2020

Jumlah ahli:
520

Cawangan:

Visi dan misi:
1. Visi: PWIKK sebagai penggerak berdaya maju ke arah kesejahteraan dan kemakmuran wanita. Membantu ibu tunggal dalam menyediakan peluang pekerjaan dan kemahiran hidup.
2. Misi: PWIKK berazam untuk memberi peluang kepada wanita untuk mencapai potensi mereka dalam semua bidang dan meningkatkan taraf hidup dan status wanita melalui aktiviti yang terancang dan berkesan.

Kepakaran/ pengalaman:
Mengadakan program kemahiran dan keusahawanan.

Perkhidmatan:
PWIKK mengadakan aktiviti kemahiran untuk ibu tunggal dan usahawan wanita bertujuan untuk meningkatkan kualiti produk usahawan yang dihasilkan sendiri.

Kemudahan/ fasiliti:
Tempat latihan kemahiran dan keusahawanan wanita.

Pertubuhan Kemahiran Dan Keusahawanan Malaysia

Pertubuhan Kemahiran Dan Keusahawanan Malaysia

No. pendaftaran:
PPM-008-05-20112015 | Akta Pertubuhan 1966

Tarikh penubuhan:
20/11/2015

Jumlah ahli:
77

Cawangan:

Visi dan misi:
Melahirkan komuniti yang berjaya dalam bidang kemahiran dan keusahawanan selaras dengan seruan kerajaan bagi meningkatkan pendapatan komuniti.

Kepakaran/ pengalaman:
Mengendalikan kursus kemahiran dan keusahawanan.

Perkhidmatan:
Mengendalikan kursus kemahiran dan keusahawanan.

Kemudahan/ fasiliti:

Kelab Sokongan Ibu Tunggal (KSIT)

Kelab Sokongan Ibu Tunggal (KSIT)

No. pendaftaran:
PPM-023-10-03122020 | Akta Pertubuhan 1966

Tarikh penubuhan:
03/12/2020

Jumlah ahli:
50

Cawangan:

Visi dan misi:
1. Membela nasib ibu-ibu tunggal yang teraniaya dan miskin serta kurang bernasib baik bagi meningkatkan taraf hidup.
2. Memupuk semangat gigih bagi membolehkan ibu tunggal bagi menghadapi sebarang cabaran.
3. Bekerjasama dengan pihak kerajaan seperti jabatan kebajikan masyarakat ataupun dewan bandaraya/ majlis perbandaran dalam proses mencarikan tempat perlindungan sementara jika ibu tunggal dan anak-anak dianiaya dan didera secara mental atau fizikal dipermudahkan.

Kepakaran/ pengalaman:
Mempunyai pengalaman luas membantu memberikan ilmu undang-undang syariah melalui peguam syariah kepada ibu-ibu tunggal supaya mereka dapat membawa sendiri kes ke mahkamah syariah.

Perkhidmatan:
Memberikan nasihat undang-undang syariah secara percuma kepada ibu-ibu tunggal dan pihak yang berkenaan.

Persatuan India Prihatin Pahang (IPP)

Persatuan India Prihatin Pahang (IPP)

No. pendaftaran:
PPM – 002- 06- 12112018 | Akta Pertubuhan 1966

Tarikh penubuhan:
12/11/2018

Jumlah ahli:
150

Cawangan:

Visi dan misi:
Visi kami adalah berkongsi maklumat daripada agensi-agensi kerajaan dalam menyampaikan maklumat kepada kaum India.

Kepakaran/ pengalaman:
Menjalankan latihan dan program.

Perkhidmatan:
1. Perkhidmatan kaunseling secara percuma.
2. Melaksanakan program usahawan tanam cili secara kelompok.

Kemudahan/ fasiliti:

Persatuan Pembangunan Wanita Sabah

Persatuan Pembangunan Wanita Sabah

No. pendaftaran:
PPM-028-12-23022023 | Akta Pertubuhan 1966

Tarikh penubuhan:
23/02/2023

Jumlah ahli:
400

Cawangan:
10

Visi dan misi:
1. Sebagai penggerak berdaya saing maju ke arah kesejahteraan dan kemakmuran wanita dan masyarakat dalam pembangunan negara.
2. Memperkasakan hak wanita dalam menangani cabaran semasa yang berkaitan dengan peluang pendidikan serta pekerjaan, penjagaan kesihatan, kesan perubahan iklim, dan keganasan terhadap wanita.
3. Menyediakan satu platform untuk para wanita memperkasakan nilai kepimpinan melalui sumbangan pendapat dalam penyelesaian isu-isu berkaitan dengan wanita.
4. Memberi kesedaran tentang kewujudan diskriminasi jantina (gender discrimination) yang telah membelakangi hak dan kepentingan warga Wanita dalam masyarakat.
5. Memastikan supaya misi Persatuan Pembangunan Wanita ini mendukung Agenda 2030 Sustainable Development Goals yang diterima pakai oleh para pemimpin dunia dalam mewujudkan peta halatuju untuk kemajuan yang mampan dan tidak membelakangi sesiapa dalam perjuangan ini.
6. Memanfaatkan kuasa ekonomi wanita dan masyarakat, menggalakkan penyertaan sosial, mengubah persepsi dan mempengaruhi dasar Kerajaan.

Kepakaran/ pengalaman:
Mempunyai sukarelawan yang ramai.

Perkhidmatan:
Melaksanakan program meningkatkan kemahiran para ahli.

Kemudahan/ fasiliti:
Ruang pejabat lengkap untuk penganjuran kursus dan program kemahiran.

Persatuan Pembangunan TVET Nasional

Persatuan Pembangunan TVET Nasional

No. pendaftaran:
PPM-021-10-21062022 | Akta Pertubuhan 1966

Tarikh penubuhan:
21/06/2022

Jumlah ahli:
50

Cawangan:

Visi dan misi:
Menjadi sebuah persatuan perunding latihan dan pembangunan sumber manusia yang profesional melalui modul-modul latihan yang berkualiti dan fleksibel untuk memenuhi keperluan kumpulan sasar.

Kepakaran/ pengalaman:
1. Ahli-ahli mempunyai pusat latihan yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.
2. Mempunyai tenaga pengajar dan coach yang diiktiraf oleh JPK.

Perkhidmatan:
1. Setelah tamat latihan boleh dipersijilkan Sijil Kemahiran Malaysia secara kursus penuh, modular atau secara Pengiktirafan Pengalaman Terdahulu (PPT).
2. Kursus-kursus pendek yang disasarkan untuk golongan wanita yang berminat untuk menambah kemahiran dan seterusnya membantu menjana pendapatan.
3. Melaksanakan program pembangunan usahawan.

Kemudahan/ fasiliti:
1. Pusat latihan dan peralatan yang lengkap.
2. Tempat penginapan.