Persatuan Wanita Dan Ibu Tunggal Nur Iman (WITUS)

Persatuan Wanita Dan Ibu Tunggal Nur Iman (WITUS)

No. pendaftaran:
PPM-003-10-06112012 | Akta Pertubuhan 1966

Tarikh penubuhan:
06/11/2012

Jumlah ahli:
3,890

Cawangan:

Visi dan misi:
1. Visi: Menjadi sebuah persatuan yg mempunyai daya saing yang tinggi.
2. Misi: Merangsang penglibatan bumiputera dan bukan bumiputera mencebur bidang perniagaan dan komitmen dalam kerja.

Kepakaran/ pengalaman:
1. Berpengalaman luas dalam bidang perniagaan.
2. Mempunyai sukarelawan yg ramai.

Perkhidmatan:
1. Menawarkan kursus-kursus percuma untuk ahli-ahli.
2. Perkhidmatan kaunseling percuma.

Kemudahan/ fasiliti:
1. Bas, van dan mpv untuk disewa.
2. Pejabat untuk dijadikan tempat kursus.

Persatuan Amal Dan Kebajikan Al Baasith Negeri Sembilan

Persatuan Amal Dan Kebajikan Al Baasith Negeri Sembilan

No. pendaftaran:
PPM-002-05-18082020 | Akta Pertubuhan 1966

Tarikh penubuhan:
18/08/2020

Jumlah ahli:
35

Cawangan:

Visi dan misi:
Persatuan Amal dan Kebajikan AL BAASITH (PAKAB) berhasrat menjadikan sukarelawan yang sentiasa bersiap sedia berkhidmat dengan penuh tanggungjawab bagi melaksanakan kerja-kerja kebajikan dan bantuan kemanusiaan untuk golongan yang memerlukan.

Kepakaran/ pengalaman:
1. Berperanan sebagai sukarelawan yang sentiasa berkhidmat dengan penuh tanggungjawab bagi melaksanakan kerja-kerja kebajikan dan bantuan kemanusiaan untuk golongan yang memerlukan.
2. Bertugas di masa-masa kecemasan untuk menolong mereka yang memerlukan.

Perkhidmatan:
Menjalankan kerja amal secara berdisiplin dan teratur dalam pelbagai bidang seperti pertanian, perubatan, pengurusan dan sebagainya.

Kemudahan/ fasiliti:
Katil hospital/ kerusi roda yang telah diwakafkan untuk golongan yang memerlukan.

Pertubuhan Wanita Bumiputra Daerah Johor Bahru

Pertubuhan Wanita Bumiputra Daerah Johor Bahru

No. pendaftaran:
PPM-013-01-25012021 | Akta Pertubuhan 1966

Tarikh penubuhan:
25/01/2021

Jumlah ahli:
105

Cawangan:

Visi dan misi:
1. Menjadikan sebuah organisasi yang sentiasa berdaya maju dan berdaya saing melalui peningkatan yang ada secara optimum dan mewujudkan program/ rangkaian perniagaan membina berdaya kerjasama yang amat sihat dan dinamik.
2. Memberi bantuan terutama ahli-ahli dalam memberi peluang perniagaan dalam pelbagai bentuk dan menjalankan aktiviti dan program dengan tujuan meningkatkan kualiti produk dan menjalankan aktiviti perniagaan bagi meningkatkan kewangan keluarga.

Kepakaran/ pengalaman:
1. Mempunyai tenaga kerja dari ahli jawatankuasa dan menjadi sukarelawan dari golongan ajk serta ahli-ahli.
2. Suka membantu dalam program/ aktiviti apa pun dan bergerak dalam pasukan persatuan.
3. Aktif dalam menganjurkan program/aktiviti masyarakat dan bergabung dengan organisasi kerajaan dalam program yang dilaksanakan.

Perkhidmatan:
1. Perkhidmatan sukarelawan dalam berbagai program/ aktiviti.
2. Melaksanakan pelbagai program/aktiviti pertubuhan sendiri.
3. Bergabung dalam melaksanakan program/ aktiviti yang Kerajaan laksanakan.

Kemudahan/ fasiliti:

Persatuan Kebajikan Masyarakat Mesra Hutan Melintang Perak

Persatuan Kebajikan Masyarakat Mesra Hutan Melintang Perak

No. pendaftaran:
PPM-022-08-11022020 | Akta Pertubuhan 1966

Tarikh penubuhan:
11/02/2020

Jumlah ahli:
43

Cawangan:

Visi dan misi:
Membantu golongan yang kurang berkemampuan agar dapat menikmati keperluan asas yang sama dengan individu lain dalam masyarakat setempat.

Kepakaran/ pengalaman:
Mempunyai ahli/ tenaga kerja yang mencukupi untuk menjalankan sesuatu program.

Perkhidmatan:
Melaksanakan program yang membantu menjana pendapatan sampingan bagi golongan B40.

Kemudahan/ fasiliti:
Dewan.

Pertubuhan Anak Yatim Miskin Kelantan (PAYATIM)

Pertubuhan Anak Yatim Miskin Kelantan (PAYATIM)

No. pendaftaran:
PPM-010-03-02052017 | Akta Pertubuhan 1966

Tarikh penubuhan:
02/05/2017

Jumlah ahli:
7,500

Cawangan:

Visi dan misi:
Membantu golongan asnaf (OKU, ibu tunggal, anak yatim/ piatu).

Kepakaran/ pengalaman:
1. Perkhidmatan sepenuh masa untuk operasi seluruh Negeri Kelantan.
2. Mempunyai pekerja tetap bergaji dan sukarelawan berelaun.
3. Berkolaboratif dengan beberapa agensi kerajaan dan swasta dalam perkhidmatan.
4. Rakan strategik kepada Cawangan Pendidikan Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.
5. Menjalankan aktiviti motivasi, latihan, kaunseling dengan kerjasama, PDRM, MAIK, MARDI, JKN, JPN dan sebagainya.

Perkhidmatan:
1. Mengadakan latihan kemahiran kepada asnaf miskin/ ibu tunggal dan belia miskin.
2. Memberi bantuan kewangan, keperluan makanan, pakaian kepada golongan asnaf miskin dan fisabillilah bagi meningkatkan kualiti pendidikan anak-anak golongan ini yang terabai.
3. Perkhidmatan permudah cara mengikut keperluan golongan asnaf miskin dengan berbagai agensi kerajaan dan swasta.
4. Program pembangunan ekonomi dan sosial kepada golongan asnaf miskin, mangsa keadaan, belia menganggur dan sebagainya.
5. Perkhidmatan kaunseling dan motivasi.

Kemudahan/ fasiliti:
Kemudahan pejabat dan bilik mesyuarat/ latihan.

Perincian kemudahan/ fasiliti:
1. Peralatan pejabat yang lengkap.
2. PA system untuk majlis berskala kecil.
3. Peralatan katering bagi 200 orang dalam satu-satu masa.
4. Peralatan bengkel latihan (makanan).
5. Kawasan latihan pertanian seluas 2 ekar lengkap dengan sistem pengairan.

Persatuan Pegawai Syar’iah Malaysia (PPSM)

Persatuan Pegawai Syar’iah Malaysia (PPSM)

No. pendaftaran:
PPM-010-14-19061998 | Akta Pertubuhan 1966

Tarikh penubuhan:
17/06/1998

Jumlah ahli:
500

Cawangan:

Visi dan misi:
Syariah asas keadilan.

Kepakaran/ pengalaman:
Mempunyai tenaga kerja atau sukarelawan yang ramai.

Perkhidmatan:
Perkhidmatan kaunseling secara percuma.

Kemudahan/ fasiliti:

Majlis Akrab Kebangsaan

Majlis Akrab Kebangsaan

No. pendaftaran:
PPM-011-16-07082015 | Akta Pertubuhan 1966

Tarikh penubuhan:
07/08/2015

Jumlah ahli:
1,600

Cawangan:

Visi dan misi:
1. Visi: AKRAB sebagai agen penggerak pembangunan modal insan dalam pengurusan sumber manusia.
2. Misi: Memberi perkhidmatan bimbingan yang berkesan.

Kepakaran/ pengalaman:
1. Menyampaikan perkhidmatan membimbing berpandukan kod etika AKRAB.
2. Menjadi perantara kepada pegawai psikologi, penyelia dan ketua jabatan dalam organisasi.
3. Membantu pegawai ke arah kesejahteraan psikologi.
4. Menjadi agen perubahan di dalam organisasi.

Perkhidmatan:
1. Perkhidmatan sesi bimbingan secara percuma.
2. Sukarelawan untuk program-program.
3. Melaksanakan program berbentuk sahsiah diri.
4. Melaksanakan aktiviti peningkatan ilmu berbentuk profesionalisme yang berkaitan khidmat membimbing.
5. Kolaborasi dengan agensi dan NGO untuk program komuniti.

Kemudahan/ fasiliti:

Persatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia (SRR)

Persatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia (SRR)

No. pendaftaran:
PPM-001-10-06102019 | Akta Pertubuhan 1966

Tarikh penubuhan:
16/10/2019

Jumlah ahli:
600

Cawangan:

Visi dan misi:
1. Visi: Wadah pilihan pemberdayaan suri rumah.
2. Misi:
a) Menerajui pemberdayaan suri rumah muda yang berkemahiran dan berketerampilan.
b) Mengajak dan membimbing suri rumah muda untuk berperanan dalam masyarakat.

Kepakaran/ pengalaman:
1. Mempunyai ahli seramai 600 orang hampir di semua negeri di seluruh Malaysia, majoriti di Selangor dan Lembah Klang.
2. Mempunyai Jurulatih Model Pembangunan Suri melebihi 100 orang.
3. Mempunyai aktivis yang mampu menjalankan program-program pemberdayaan di kawasan masing-masing.
4. Lebih 60% ahli mempunyai pendidikan Sarjana Muda, Sarjana dan PhD.
5. Mempunyai kolaborasi pintar dengan pelbagai Agensi Kerajaan seperti PERKESO, KWSP, Exco Negeri Selangor, NGO serta media.

Perkhidmatan:
1. Proses pemberdayaan suri rumah muda berdasarkan model solusi, Model Pembangunan Suri (MPS). 3 peringkat pemberdayaan:
a) Suri & Diri: Suri mengenali personaliti & potensi, cakna dan bijak mengawal emosi & berketerampilan.
b) Suri & Keluarga: Suri mampu mengurus keluarga dengan lebih efektif dalam pengurusan masa, wang & komunikasi dalam keluarga.
c) Suri & Masyarakat: Suri menjalankan program untuk suri dan masyarakat seperti Konvensyen Suri, Karnival, Suri 3R.
2. Training Of Trainer (TOT) untuk jurulatih Model Pembangunan Suri oleh Master Trainers di kalangan suri rumah yang berkelayakan.
3. Kumpulan sokongan suri rumah yang positif di peringkat Malaysia dan di kawasan.

Kemudahan/ fasiliti:

Persatuan Pencinta Damai

Persatuan Pencinta Damai

No. pendaftaran:
PPM-006-04-04082016 | Akta Pertubuhan 1966

Tarikh penubuhan:
04/08/2016

Jumlah ahli:
10

Cawangan:

Visi dan misi:
Memperkasakan masyarakat melalui program kekeluargaan.

Kepakaran/ pengalaman:
Setiap ahli mempunyai kepakaran dan pengalaman yang luas dalam bidang masing-masing.

Perkhidmatan:
Pelaksanaan program kemasyarakatan.

Kemudahan/ fasiliti:

Persatuan Rangkaian BizDiva Malaysia (BizDiva Network Malaysia)

Persatuan Rangkaian BizDiva Malaysia (BizDiva Network Malaysia)

No. pendaftaran:
PPM-033-14-23022023 | Akta Pertubuhan 1966

Tarikh penubuhan:
23/02/2023

Jumlah ahli:
10

Cawangan:

Visi dan misi:
1. Visi: Menjadi platform untuk memperkasa misi dan menaiktaraf wanita terutamanya suri rumah bekerjaya dan peniaga kecil dan sederhana untuk mendapatkan peluang dan sokongan yang diperlukan.
2. Misi: Memperkasa wanita di semua peringkat untuk mengembangkan kebolehan dan potensi diri serta memberi inspirasi kepada wanita untuk meningkatkan taraf hidup melalui program yang informatif, berstruktur dan menarik.

Kepakaran/ pengalaman:
1. Aktif menjalankan program peningkatan semangat di kalangan suri rumah bekerjaya (“BizDiva Time”).
2. Fokus dalam membantu wanita terutamanya suri rumah untuk tangani masalah kesihatan mental.

Perkhidmatan:
Program pembangunan usahawan wanita terutamanya suri rumah berkerjaya.

Kemudahan/ fasiliti: