Untuk memperkukuhkan piawaian kompetensi profesional dalam praktis, pendidikan dan penyelidikan kerja sosial.
Untuk memajukan profesionalisme kerja sosial kepada piawaian yang tertinggi di negara ini.
Menggalakkan dan memajukan pelaksanaan piawaian kompetensi dan peraturan bagi amalan, pendidikan dan penyelidikan kerja sosial setanding dengan piawaian antarabangsa.
Menggalakkan keadilan sosial dan penyertaan menyeluruh golongan rentan dan terpinggir dan memberi sokongan kukuh kepada klien untuk mendayaupayakan diri mereka.
Untuk mendukung dan menyokong pengaplikasian Kod Etika Kerja Sosial dalam amalan, pendidikan dan penyelidikan.
Untuk memulakan, melaksanakan dan menyokong aktiviti yang menyumbang kepada perkembangan dan pembangunan kerja sosial profesional di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa.
Untuk mengetengahkan pandangan profesional pekerja sosial terhadap perkara berkaitan dasar sosial, perundangan, peraturan-peraturan, program, pendidikan dan perkhidmatan yang berkaitan dengan keperluan masyarakat.
Untuk menyokong dan memajukan kesejahteraan ahli-ahlinya.
Untuk berusaha dan mengesan sumber kewangan yang sesuai untuk menyokong objektif Persatuan.
Kepakaran/ pengalaman:
Mempunyai pakar rujuk dalam kerja sosial.
Ahli persatuan yang terdiri daripada warga pendidik dan pengamal kerja sosial dari sektor kerajaan dan bukan kerajaan.
Perkhidmatan:
Latihan untuk pekerja sosial dan perkhidmatan sosial dari sektor kerajaan dan bukan kerajaan.
Perundingan dan konsultasi khusus untuk bidang kerja sosial.
Melaksanakan seminar/ simposium/ penyelidikan berkaitan kerja sosial.