No. pendaftaran:
PPM-010-08-27012011 | Akta Pertubuhan 1966
Tarikh penubuhan:
27/01/2011
Jumlah ahli:
60
Cawangan:
–
Visi dan misi:
1. Memperjuangkan kebajikan semua lapisan masyarakat tanpa mengira socio ekonomi, gender, etika dan bangsa.
2. Selain itu, kita juga memberi panduan memperkasakan dan hala tuju dalam usaha perancangan dan pelaksanaan pembangunan wanita atas kesedaran terutamanya kepada golongan B40, miskin tegar, ibu tunggal, kanak kanak, warga emas, belia dan Orang Kurang Upaya (OKU).
3. Mempertahankan hak-hak wanita dan menggalakkan kesedaran tentang keganasan terhadap wanita dan menghormati kesaksamaan jantina.
4. Menyediakan kaunseling untuk wanita dan kanak-kanak yang menjadi mangsa keganasan dan penderaan seksual kanak kanak.
5. Perak Caring Association telah memperkasakan lebih dari 2000 wanita dan belia menerajui Program Skill Training. Program program yang dijalankan untuk mendorong penglibatan usahawan wanita dalam bidang perniagaan dengan menggunakan konsep inkubator atau hold my hand (latih dan bimbing) di mana seseorang peserta itu akan diberikan latihan kemahiran dan bimbingan dari semasa ke semasa. Sehubungan itu, setiap aktiviti dan program yang dirancangkan mengambil kira aspek-aspek yang ditekankan dalam misi tersebut. Diharapkan usaha tersebut akan menyumbang kepada bukan sahaja pembangunan diri warga Caring, malahan kepada anggota keluarga dan masyarakat secara keseluruhannya. Antara pembaharuan yang diketengahkan ialah pembudayaan kesaksamaan gender di kalangan wanita, di samping langkah membenarkan untuk meningkatkan penyertaan wanita pada peringkat pembuat keputusan.
Kepakaran/ pengalaman:
1. Mempunyai tenaga kerja atau sukarelawan yang berpatutan.
2. Mempunyai pengalaman luas dalam mengendalikan kes keganasan rumah tangga dan penderaan seksual kanak kanak.
3. Kepakaran memberi advokasi dan ceremah di sekolah rendah, menengah dan agensi kerajaan dan swasta.
4. Kepakaran mengendalikan skill training untuk bakal usahawan.
Perkhidmatan:
1. Perkhidmatan kaunseling secara percuma.
2. Melaksanakan program pembangunan usahawan.
3. Ceramah di sekolah, agensi kerajaan ddan swasta secara percuma.
4. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sama ada yang dianjurkan oleh Perak Caring secara total atau secara perkongsian pintar dengan lain-lain persatuan atau pertubuhan seperti badan-badan berkanun, jabatan-jabatan kerajaan seperti Jabatan Pembangunan Wanita, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, PDRM, Jabatan Kesihatan dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang lain.
5. Kempen Derma Darah – Derma Setitik Darah, Hulur Sejuta Harapan – (sepanjang tahun).
6. Ahli-ahli kami sentiasa bersedia (24 jam) terutamanya kes-kes KRT. Contohnya menemani mangsa-mangsa KRT dan penderaan kanak-kanak ke balai polis dan OSCC.
Kemudahan/ fasiliti:
–