Persatuan Pembangunan Eko & Usahawan Sosial Sabah (Association of Sabah Social Entrepreneurs & Eco Development)

No. pendaftaran:
PPM-012-12-03082022 | Akta Pertubuhan 1966

Tarikh penubuhan:
03/08/2022

Jumlah ahli:
36

Cawangan:

Visi dan misi:
1. Kami memfokuskan kepada percambahan projek pembangunan komuniti luar bandar lestari kendiri yang bertujuan untuk menyelesaikan ketidaksamaan dalam keperluan asas, dibangunkan berdasarkan cabaran dalam kualiti hidup dan menyediakan pembangunan mampan melalui tenaga, pendidikan, keusahawanan dan pemerkasaan wanita.
2. Kami juga menggalakkan pembangunan usahawan sosial sebagai satu cara untuk menangani masalah sosial dan alam sekitar yang berakar umbi dan menyampaikan perubahan positif kepada masyarakat tempatan di Sabah.
3. Mengenal pasti dan menyediakan penyelesaian untuk masyarakat luar bandar yang bertujuan bagi menyelesaikan ketidakseimbangan dalam keperluan asas, berkembang di atas cabaran dalam kualiti hidup dan menyediakan pembangunan mampan melalui aktiviti ekonomi mampan, pendidikan, keusahawanan dan pemerkasaan wanita.
4. Untuk menggalakkan pembangunan perusahaan sosial sebagai cara menangani masalah sosial dan alam sekitar, dan memberi perubahan positif kepada komuniti akar umbi sama ada di luar bandar mahupun dalam bandar di negeri Sabah.

Kepakaran/ pengalaman:
1. Memperoleh kepercayaan menjalinkan kolaborasi dari pelbagai pihak bersama Kerajaan Negeri mahupun NGO yang lain walaupun persatuan baru sahaja ditubuhkan.
2. Mempunyai kerja berpasukan yang begitu baik dalam mencapai misi dan visi persatuan serta begitu komited dalam membantu golongan kumpulan sasar untuk terus maju dan berdaya saing.
3. Aktif dan gigih dalam penganjuran mana-mana anjuran yang melibatkan pembangunan sosial dan kemasyarakatan.
4. Kami juga tekun dalam kerja-kerja persatuan dan latihan pembangunan masyarakat melalui aktiviti-aktiviti pembangunan ekonomi melalui keusahawanan sosial.

Perkhidmatan:
Melaksanakan program pembangunan usahawan.

Kemudahan/ fasiliti: