No. pendaftaran:
PPM-028-12-23022023 | Akta Pertubuhan 1966
Tarikh penubuhan:
23/02/2023
Jumlah ahli:
400
Cawangan:
10
Visi dan misi:
1. Sebagai penggerak berdaya saing maju ke arah kesejahteraan dan kemakmuran wanita dan masyarakat dalam pembangunan negara.
2. Memperkasakan hak wanita dalam menangani cabaran semasa yang berkaitan dengan peluang pendidikan serta pekerjaan, penjagaan kesihatan, kesan perubahan iklim, dan keganasan terhadap wanita.
3. Menyediakan satu platform untuk para wanita memperkasakan nilai kepimpinan melalui sumbangan pendapat dalam penyelesaian isu-isu berkaitan dengan wanita.
4. Memberi kesedaran tentang kewujudan diskriminasi jantina (gender discrimination) yang telah membelakangi hak dan kepentingan warga Wanita dalam masyarakat.
5. Memastikan supaya misi Persatuan Pembangunan Wanita ini mendukung Agenda 2030 Sustainable Development Goals yang diterima pakai oleh para pemimpin dunia dalam mewujudkan peta halatuju untuk kemajuan yang mampan dan tidak membelakangi sesiapa dalam perjuangan ini.
6. Memanfaatkan kuasa ekonomi wanita dan masyarakat, menggalakkan penyertaan sosial, mengubah persepsi dan mempengaruhi dasar Kerajaan.
Kepakaran/ pengalaman:
Mempunyai sukarelawan yang ramai.
Perkhidmatan:
Melaksanakan program meningkatkan kemahiran para ahli.
Kemudahan/ fasiliti:
Ruang pejabat lengkap untuk penganjuran kursus dan program kemahiran.