No. pendaftaran:
PPM-009-08-24051982 | Akta Pertubuhan 1966
Tarikh penubuhan:
24/05/1982
Jumlah ahli:
150
Cawangan:
11
Visi dan misi:
- Visi: Memantapkan perkhidmatan kami dalam bidang pendidikan dan latihan kemahiran untuk wujudkan pekerja yang berkemahiran tinggi untuk menjana pendapatan serta membina satu pusat yang terunggul di negeri Perak untuk kelestarian hidup individu bermasalah intelek di masa depan.
- Misi: Menyediakan persekitaran pembelajaran yang efektif dan holistik mengikut peredaran semasa serta latihan kemahiran vokasional yang mantap kearah penempatan kerja dan hidup berdikari dalam masyarakat setempat bagi golongan masalah intelek di negeri Perak.
Kepakaran/ pengalaman:
- Guru-guru yang bertauliah dalam bidang pendidikan khas dan pendidikan awal kanak-kanak.
- Guru-guru dan instruktor yang berpengalaman dan berkebolehan mewujudkan persekitaran dan program pendidikan dan latihan yang mantap mengikut keperluan individu berkeperluan khas.
- Peka dengan keperluan semasa dan kemahiran sedia ada individu untuk mempertingkatkan pencapaian dan prestasi kumpulan sasaran.
- Menganjurkan projek amal untuk membiayai perbelanjaan operasi dan pengurusan semua pusat di bawah Persatuan.
Perkhidmatan:
- Menyediakan program pendidikan khas dan kemahiran melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel dan teratur untuk memenuhi keperluan individu dengan pelbagai tahap keupayaan ke arah kehidupan bermakna. Justeru itu, pelaksanaan dari segi penjagaan, pembelajaran khusus dan pekerjaan yang bersesuaian bagi keperluan individu bermasalah pembelajaran adalah perlu dititikberatkan demi menjamin masa depan mereka ke arah perkembangan yang holistik. Pihak persatuan berusaha dengan gigih untuk mencapai visi dan misi terhadap pencapaian yang cemerlang dengan mengemaskinikan usaha-usaha mempertingkatkan program-program yang sedia ada supaya dapat mengecapi pendidikan yang cemerlang bagi individu bermasalah intelek.
- Mengadakan sesi-sesi kaunseling dan seminar kepada ibubapa untuk meningkatkan kesedaran keperluan anak khas serta latihan keibubapaan supaya perkembangan anak khas lebih holistik.
- Mewujudkan kolaborasi bersama pihak Jabatan Kesihatan dalam program suntikan immunisasi dengan bantuan hospital kerajaan dan rawatan pergigian bagi murid-murid dari masa ke semasa.
- Menyebarkan pengetahuan serta maklumat kepada masyarakat tempatan mengenai keperluan kanak-kanak bermasalah intelek supaya mereka dapat diterima dalam masyarakat seperti orang lain melalui perjumpaan ibubapa, sukan anjuran sekolah di bawah Persatuan, aktiviti amal mengutip derma serta program mobiliti komuniti dimana kanak-kanak ini di bawa ke situasi sebenar masyarakat setempat seperti pasaraya, pejabat pos, pasar dan sebagainya untuk pendedahan ke arah hidup berdikari dan pada masa yang sama mengubah sikap negatif masyarakat terhadap kanak-kanak istimewa ini. Di samping itu juga, kesedaran masyarakat umum melalui media massa seperti artikel dalam suratkhabar, radio, televisyen dan internet.
- Memberikan latihan vokasional dalam kelas-kelas kemahiran untuk memberi latihan khusus kemahiran untuk masa depan mereka supaya dapat berdikari dan menguruskan diri mereka tanpa bergantung kepada orang lain. Memulakan program transisi ke alam kerjaya dengan mewujudkan situasi sebenar tempat kerja seperti latihan “house keeping”, “ bakeri” dan sebagainya di sekolah.
- Menggalakkan penglibatan ibubapa dalam aktiviti-aktiviti sekolah. Penglibatan ibubapa adalah sangat penting untuk menjamin kemajuan secara holistik dalam diri kanak-kanak ini supaya latihan dan pengajaran dapat diteruskan di rumah. Untuk tujuan ini, perjumpaan kerap diadakan bersama ibubapa untuk membincangkan dan melaksanakan program pendidikan individu. Pihak persatuan juga mewujudkan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) untuk membantu melibatkan diri dalam melaksanakan program-program tertentu untuk kepentingan dan kemajuan murid sekolah ini.
- Meningkatkan Program Pendidikan Guru anjuran Persatuan supaya dapat mewujudkan guru-guru terlatih untuk mengaplikasikan pengetahuan mereka dalam pengajaran dan pembelajaran terkini dalam pendidikan khas. Ramai guru dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) telah mengikuti kursus ini tanpa bayaran yuran sebagai satu inisiatif bekerjasama sebagai penghargaan kepada pihak JKM. Kursus ini juga dibuka kepada peserta lain dari pusat- pusat/ persatuan lain dari seluruh Malaysia.
- Mewujudkan satu unit terapi cara kerja untuk membantu dalam meningkatkan perkembangan kanak-kanak di Taska dan sekolah. Masih dalam usaha untuk mendapatkan jurupulih pertuturan untuk kanak-kanak yang memerlukannya.
- Pihak persatuan menguruskan 5 buah Sekolah Semangat Maju (5 hingga 22 tahun), 5 Bengkel Perlindungan Semangat Maju (23 tahun ke atas) serta sebuah asrama di Ipoh untuk insan bermasalah intelek. Cawangan sekolah dan bengkel adalah di Ipoh, Taiping, Sitiawan, Batu Gajah dan Kuala Kangsar.
- Menguruskan Taska Khas untuk kanak-kanak bermasalah pembelajaran di bawah umur 4 tahun. Pihak Persatuan berharap, dengan adanya khidmat ini dapat membantu ibubapa mendapat satu tempat penjagaan yang sesuai bagi anak kecil mereka semasa ibubapa bekerja.
- Mencarikan penempatan kerja bagi golongan dewasa yang boleh berdikari di alam kerjaya. Pemantauan berterusan melalui program ‘Job Coach’.
- Persatuan secara tidak langsung telah menjadi penjaga/ keluarga kepada 5 penghuni asrama yang tiada ahli keluarga dan tempat bergantung.
Kemudahan/ fasiliti:
- Kemudahan asrama yang selesa dan selamat.
- Taska yang selesa dan bersesuaian.
- Program Pra Sekolah.
- Program Pendidikan Rendah dan Menengah Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran.
- Latihan vokasional dan kemahiran pertukangan, kraf tangan, jahit.