No. pendaftaran:
PPM-001-10-22102009-000034 | Akta Pertubuhan 1966
Tarikh penubuhan:
22/10/2009
Jumlah ahli:
1,087
Cawangan:
5
Visi dan misi:
1. Malaysia Menjadi Negara Rahmah. Malaysia Negara Rahmah adalah impian kita semua, sebuah negara yang aman, makmur, maju, sejahtera dan memelihara kelestarian alam sekitarnya. Di bawah naungannya, rakyat hidup bahagia, saling mengasihi, menghormati dan bekerjasama untuk membangunkan negara dalam kepelbagaian agama, bangsa, latar belakang dan budaya. Inilah Negara Rahmah yang kita semua impikan.
2. Mengajak dan membimbing masyarakat memahami, menerima dan menghayati Islam sebagai panduan dalam kehidupan peribadi, keluarga, masyarakat dan negara.
3. Berjuang membangun sebuah masyarakat maju berasaskan manhaj taghyir yang tepat, tasawur Islam yang syumul dan tarbiah yang mantap dengan memanfaatkan teknologi dan amalan terbaik pengurusan.
4. Membudayakan pendekatan perkongsian dan permuafakatan.
Kepakaran/ pengalaman:
1. Mempunyai tengah kerja dan sukarelawan yang ramai.
2. Mempunyai ramai ahli dengan bidang kepakaran kesihatan. Bidang fokus Pahang adalah kesihatan mental, seksual reproduktif dalam pembangunan keluarga, remaja & kanak-kanak.
3. Berpengalaman luas dalam mengendalikan aktiviti melibatkan pengukuhan kekeluargaan. pengurusan kewangan, usrah dan tarbiyyah.
Perkhidmatan:
1. Pemerkasaan ilmu berkaitan pendidikan seksual, reproduktif, sosial pelbagai lapisan masyarakat melalui program pembangunan menggunakan modul-modul yang dibina oleh pakar-pakar di dalam ikram.
2. Melaksanakan program-program berkaitan kesihatan mental.
3. Libat urus dalam pembangunan B40 masyarakat secara bersasar ke kawasan-kawasan yang memerlukan program santuni akar umbi melibatkan kebajikan, pembangunan moral, kefahaman Islam.
Kemudahan/ fasiliti:
–