No. pendaftaran:
PPM-022-07-24082020 | Akta Pertubuhan 1966
Tarikh penubuhan:
24/08/2020
Jumlah ahli:
100
Cawangan:
–
Visi dan misi:
1. Visi: Menjadi sebuah pertubuhan yang berdaya saing dan mantap di dalam memperjuangkan nasib golongan yang memerlukan melalui kebajikan.
2. Misi: Memupuk kesepakatan dan persefahaman di antara satu sama lain agar maju di dalam dunia perniagaan yang penuh dengan cabaran serta saling hormat-menghormati dan tolong-menolong di antara satu sama lain.
Kepakaran/ pengalaman:
1. Pengerusi dan AJK terdiri daripada tenaga kerja yang merupakan pengamal undang-undang yang berurusan secara langsung dengan mahkamah syariah, jenayah dan juvana.
2. Pengalaman mengendali kes-kes keganasan rumah tangga.
3. Sukarelawan yang komited dalam turun padang bukan sahaja berkaitan kebajikan wanita tetapi bencana alam.
Perkhidmatan:
1. Perkhidmatan kaunseling percuma.
2. Mengadakan program usahawanita.
Kemudahan/ fasiliti:
Dewan memuatkan 50 orang, bilik kaunseling, laman dapur untuk program masakan, bilik urutan untuk program SKM.