No. pendaftaran:
PPM-007-08-28092009 | Akta Pertubuhan 1966
Tarikh penubuhan:
28/09/2009
Jumlah ahli:
25
Cawangan:
–
Visi dan misi:
1. Menempatkan anak-anak yatim dan anak-anak miskin di sebuah rumah penempatan (Pusat Jagaan) yang diberi nama Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Jaz.
2. Menubuhkan dan menguruskan Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim yang terabai, terbiar, didera secara fizikal, disisir atau dari keluarga berpecah-belah dengan mendapatkan kebenaran dari pihak berkuasa yang berkenaaan. Hasrat kami adalah untuk memenuhi keperluan harian, mendidik dan membekal pengetahuan yang luas supaya mereka boleh berdikari.
3. Mengadakan kutipan derma dari orang ramai dan orang persendirian untuk pembiayaan aktiviti bag anak yatim dengan mendapat kebenaran Pendaftar Pertubuhan dan pihak berkuasa tertentu terlebih dahulu.
4. Menganjurkan acara-acara majlis makan malam, pesta makan derma amal, dan lain-lain lagi untuk meningkatkan dana untuk pembiayaan aktiviti dan keperluan harian pusat jagaan.
5. Mengadakan acara-acara yang bersesuai untuk masyarakat menerusi dialog, kauseling, ceramah dan sukaneka di tempat yang ditetapkan.
6. Memberi pendidikan moral menerusi acara-acara yang tertentu untuk kanak-kanak, remaja, orang dewasa ataupun mereka yang mempunyai masalah peribadi supaya mereka menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
7. Berkerjasama dengan badan kerajaan seperti Kementerian Pembangunan Masyarakat Keluarga dan Wanita tau badan bukan kerajaan (NGO) untuk menjayakan objektif dan tujuan pertubuhan ini.
Kepakaran/ pengalaman:
1. Menguruskan pusat jagaan anak-anak yatim yang terabai, terbiar, didera secara fizikal, disisir atau dari keluarga berpecah-belah.
2. Memberi pendidikan moral menerusi acara-acara yang tertentu untuk kanak-kanak, remaja yang mempunyai masalah peribadi supaya mereka menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
Perkhidmatan:
Pusat jagaan anak yatim.
Kemudahan/ fasiliti:
1. Rumah perlindungan kanak-kanak sementara.
2. Dewan serbaguna yang sempurna untuk penganjuran majlis atau program.