Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM)

No. pendaftaran:
PPM-004-14-25031964 | Akta Pertubuhan 1966

Tarikh penubuhan:
25/03/1964

Jumlah ahli:
7,000

Cawangan:
12

Visi dan misi:
Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia atau Society of the Blind in Malaysia (SBM) adalah sebuah pertubuhan bukan keagamaan, bukan politik. Ia adalah sebuah organisasi sukarela kebangsaan bagi paraindividu cacat penglihatan, yang mencakupi semua bangsa dari pelbagai lapisan masyarakat yang menetap di Malaysia, bertujuan untuk memperoleh hak-hak dan peluang-peluang yang sama rata untuk mereka yang cacat penglihatan di negara ini melalui usaha secara kolektif dan dengan penuh semangat persaudaraan, demi kemajuan sosio-ekonomi golongan cacat penglihatan, dengan tujuan untuk membolehkan mereka menjadi warganegara yang bertanggungjawab, berguna dan produktif.

Kepakaran/ pengalaman:
1. Untuk menggalakkan golongan cacat penglihatan di Malaysia untuk bersama dalam usaha bagi memajukan status/ kualiti sosio-ekonomi mereka.
2. Untuk mempertahankan hak-hak golongan cacat penglihatan sebagai rakyat dan menyumbang kepada kebajikan negara serta menggalakkan kepentingan mereka sebagai seorang rakyat Malaysia.
3. Untuk menggalakkan komunikasi dan persefahaman di kalangan ahli-ahli.
4. Untuk mempromosikan aktiviti sukan dan rekreasi di kalangan komuniti cacat penglihatan.
5. Untuk memantau dan menilai perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan termasuk, lain-lain pertubuhan masyarakat sivil.
6. Untuk mendukung dan menyampaikan pandangan/ saranan/ cadangan Pertubuhan dalam isu-isu berkaitan golongan cacat penglihatan kepada badan-badan yang berkaitan.
7. Untuk menjalinkan kerjasama antara organisasi lain bagi mencapai objektif yang telah di gariskan oleh Pertubuhan.
8. Untuk mengatasi halangan sosial bagi menggalakkan integrasi antara golongan cacat penglihatan dengan orang celik.
9. Untuk menggalakkan kesejahteraan hidup di kalangan orang cacat penglihatan, secara amnya.

Perkhidmatan:
1. Menyediakan insentif kepada pelajar-pelajar cacat penglihatan yang cemerlang dalam bidang akademik.
2. Mengadakan program/ aktiviti bagi pembangunan kesejahteraan dan meningkatkan kualiti ahli-ahli SBM yang terdiri daripada kalangan wanita.
3. Memperkenalkan program-program yang komprehensif untuk membangunkan acara-acara sukan yang mempunyai potensi.
4. Meneroka peluang keusahawan di kalangan golongan cacat penglihatan.
5. Bahagian meneroka peluang-peluang baru untuk menjana ekonomi.
6. Memberi/ membuat publisiti tentang kerja-kerja SBM dan agensi-agensi lain yang berkhidmat bagi pembangunan golongan OKU penglihatan.
7. Menganjurkan dan menggalakkan penyertaan di kalangan belia OKU penglihatan dalam program/ aktiviti kerohanian, fizikal, ekonomi dan pendidikan.
8. Mempromosikan dan menggalakkan aktiviti-aktiviti/ program-program seni budaya di peringkat kebangsaan dan antarabangsa di kalangan OKU penglihatan.
9. Melaksanakan dan menyelaras bantuan kebajikan kepada ahli-ahli SBM yang layak dalam kapasiti yang lebih besar.

Kemudahan/ fasiliti:
Pusat Aktiviti yang membolehkan ahli menggunakan dan sewa pusat aktiviti tersebut.