Pertubuhan PDK Autisme Berkefungsian Tinggi

No. pendaftaran:
PPM 0121011032021 | Akta Pertubuhan 1966
 
Tarikh penubuhan:
11/03/2021
 
Jumlah ahli:
60
 
Cawangan:
 
Visi dan misi:
1. Visi: Sebuah pusat yang menyediakan modul pembelajaran yang berkesan untuk mencapai  kecemerlangan di peringkat global bagi golongan Autisme Berkefungsian Tinggi di Malaysia.
2. Misi: Memupuk potensi autisme berintelek yang pelbagai ke arah individu berkemahiran tinggi  dalam bidang yang khusus ke arah membina kerjaya yang berjaya secara inklusif dalam komuniti.
 
Kepakaran/ pengalaman:
1. Mempunyai pembelajaran khas untuk autisme kefungsian tinggi.
2. NGO pertama yang fokus pada autisme kefungsian tinggi.
3. Mempunyai pengalaman dalam pengendalian akademik dan kemahiran autisme kefungsian tinggi.
 
Perkhidmatan:
1. Tempat untuk ibubapa rujuk jika menghadapi permasalahan mengenai pendidikan anak autisme.
2. Menyediakan modul pembelajaran yang sesuai untuk individu autisme.
3. Sebagai tempat rujukan dari masyarakat yang terlibat dengan individu autisme.
4. Sebagai tempat untuk individu autisme mengembangkan bakat dan kemahiran.
5. Menjadi tempat rujukan untuk agensi luar yang berkaitan.
 
Kemudahan/ fasiliti:
Menyediakan pusat pembelajaran untuk:
1. Tempat belajar akademik dan kemahiran yang selesa dan selamat.
2. Tempat untuk individu autisme meneruskan pendidikan secara formal.
3. Tempat menjalankan aktiviti persatuan.