No. pendaftaran:
PPM-003-10-08091986 | Akta Pertubuhan 1966
Tarikh penubuhan:
8/9/1986
Jumlah ahli:
13
Cawangan:
5
Visi dan misi:
1. Misi: Cintai sesamamu seperti dirimu sendiri, prihatin kepada komuniti dan berkhidmat untuk masyarakat.
2. Visi: Menyediakan perkhidmatan kaunseling profesional kepada individu yang menghadapi isu-isu emosi dan psikologi.
3. Menyediakan latihan kaunseling/ terapi kepada individu yang berminat dengan profesion kaunseling.
4. Memainkan peranan dalam membangunkan profesyen kaunseling dan mewujudkan komuniti yang sejahtera dan holistik.
Kepakaran/ pengalaman:
1. Menawarkan perkhidmatan kaunseling oleh kaunselor berdaftar dan perakuan amalan.
2. Menawarkan perkhidmatan kaunseling kepada klien tanpa kira latar belakang.
3. Kepelbagaian modaliti perkhidmatan kaunseling dan terapi.
4. Menganjurkan ceramah dan bengkel bertema kesihatan mental.
Perkhidmatan:
Pusat Agape Kaunseling Malaysia mempunyai 6 pusat di Malaysia iaitu Kuala Lumpur (ibu pejabat), Johor Bahru, Melaka, Ipoh, Kota Kinabalu dan Pulau Pinang. Pusat Agape Kaunseling Malaysia menyediakan empat (4) jenis perkhidmatan iaitu:
1. Perkhidmatan kaunseling.
i. kaunseling individu dan keluarga secara bersemuka.
ii. tele-kaunseling individu dan keluarga.
iii. kaunseling pra-perkahwinan.
2. Perkhidmatan ujian psikologi.
3. Program psikopendidikan.
4. Program pemantapan kompetensi kaunselor.
Kemudahan/ fasiliti:
Pusat Agape Kaunseling Malaysia (Kuala Lumpur)
Hari bekerja: Selasa – Sabtu (kecuali cuti umum)
Waktu beroperasi: 9.00 pagi – 6.00 petang
Waktu rehat: 1.00 petang – 2.00 petang
Nombor Talian: 03-7785 4833 / 03-7785 5955 / 011-6530 9722 (WhatsApp mesej sahaja)